Sejarah Tingkatan 2 Maksud Perkataan Sukar

Anak gahara
=ialah anak raja yang dilahirkan oleh isteri sultan yang berketurunan raja.

Dasar monopoli
=ialah penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan perdagangan atau perkhidmatan dalam pasaran tertentu oleh seseorang atau sesebuah firma.

Majistret dan Pemungut Hasil
=yang dilantik untuk memungut cukai dan menguatkuasakan undang-undang.

Wakil British
=mempunyai kuasa seperti seorang pengawai Konsul iaitu mengurus dan melindungi rakyat British di negara lain.

Durbar
=istana raja.Merujuk kepada perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh raja negeri berkenaan.

Zaman Imperialis Baru
=merupakan zaman kuasa besar bersaing untuk menguasai tanah jajahan di benua Asia dan Afrika.

Hak Wilayah Asingan
=hak yang diberi kepada konsul British di Bangkok bagi menjalankan kuasa perundangan ke atas warga negara British.

Pertanian Dagangan
=ialah kegiatan pertanian yang berorientasikan eksport atau tanam-tanaman untuk diperniagakan.

Ladang
=ialah kawasan tanaman yang melebihi 40 hektar.

Kebun kecil
= kawasan tanaman kurang daripada 40 hektar.

Meramu
=ialah kegiatan mencari hasil hutan untuk pelbagai kegunaan.

Vernakular
=sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.

Sekular
=pendidikan yang berkaitan dengan ilmu keduniaan atau pendidikan keduniaan.

Agi Idup,Agi Ngelaban
=perkataam Iban yang bermaksud selagi hidul selagi berjuang.

Semangat Kebangsaan atau nasiolisme
=perasan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air.

Jawi peranakan
=ialah masyarakat kacukan India-melayu.Masyarakan ini terbentuk apabila saudagar India berkahwin dengan wanita Melayu tempatan.

Cina peranakan
=dikenali juga sebagai masyarakat Baba dan Nyonya.Masyarakat ini terbentuk hasil perkahwinan di antara perantau Cina dengan penduduk bumiputera di Kepulauan Melayu.

Antimoni
=Logam yang putih berkilat.

Berdiplomasi
=kemahiran berurusan dengan seorang tanpa menyinggung perasaan.

Berwibawa
=berpengaruh.berkuasa dan berhak mengeluarkan perintah.

Bidang tugas
=butir-butir tentang tugas seseorang.

Bumiputera
=anak negeri,peribumi,penduduk asli.

Buruh kontrak
=buruh yang terikat oleh perjanjian bekerja dengan majikan.

Campur tangan
=mengambil bahagian atau terlibat dalam hal orang lain.

Carta
=kertas yang berisi keterangan dalam bentuk graf,gambar rajah dan sebagainya.

Cukai eksport
=kertas yang berisi keterangan dalam bentuk graf,gambar graf dan sebagainya.

Cukai kelamin
=cukai kelamin ialah cukai yang dikenakan sekali setahun kepada setiap keluarga.

Dasar
=prinsip yang dipegang.

Disentralisasi
=mengurangkan kuasa yang ada pada kerajaan pusat dengan mengembalikan kuasa pada kerajaan negeri.

Dokumen
=keterangan bertulis atau bercetak yang dapat dijadikan bukti seperti surat beranak.

Dolar Sepanyol
=mata wang Sepanyol yang mula digunakan di Tanah Melayu sejak tahun 1580.

Eksploitasi
=tindakan atau perbuatan mempergunakan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri.

Firma
=syarikat perusahaan atau perniagaan.

Garis sempadan
=tanda garisan atau batas sempadan negera,negeri,daerah atau kampung.

Hak
=kebenaran,kuat kuasa.

Hasil bumi
=hasil daripada pertanian,hasil yang didapati dari dalam tanah(berupa galian_dan daripada tumbuh-tumbuhan.

Hukum adat
=menghukum mengikut adat(peraturan-peraturan yang turun-menurun).

Iktiraf
=menerima atau mengakui sesuatu sebagai satu kebenaran,mengesahkan.

Imigrasi
=orang yang masuk ke negeri asing untuk menetap.

Istitut kewangan
=perbadanan atau yayasan yang berkaitan dengan kewangan.

Jajahan
=daerah yang tertinggi.

Jihad
=usaha atau perjuangan bersungguh-sungguh untuk mendapat keredaan Allah s.w.t atau penentangan terhadap anasir yang merosakkan negara.

Karisme
=kekuasaan atau tertinggi.

Kedaulatan
=negeri atau negara yang mempunyai raja sebagai ketua pemerintahan.

Ketuanan
=hak menguasai dan memerintah sesebuah negeri,daerah dan lain-lain.

Konsesi
=hak atau keizinan yang diberi kepada mana-mana syarikat untuk menggunakan sesuatu kasawan bagi tujuan membalak dan lain-lain.

Loji
=gedung,pejabat syarikat perniagaan zaman dahulu yang dibuat berkubu.

Mencabuli
=melanggar.

Mencetuskan
=melahirkan,menimbulkan.

Menyemarakkan
=membangkitkan,mengobarkan (semangat).

Muara
=kuala,tempat air sungai masuk ke sungai lain atau keluar.

Naungan
=di bawah lindungan.

Organisasi
=susunan yang terdiri daripada bahagian dalam sesuatu pertubuhan atau perbadanan.

Pajak
=kuasa untuk mengerjakan sesuatu dengan membayar sewa kepada kerajaan atau pihak tertentu.

Palung
=saluran penjang yang berpetak-petak tempat yang menjadi mengasingkan bijih daripada batu-batu.

Pangkalan
=tempat kapal berlabuh,tempat untuk mengumpul barang dagangan,tempat yang dijadikan pusat untuk melancarkan serangan.

Pengawai daerah
=pengawai yang mengetuai sesuatu daerah.

Pelabuhan bebas
=pelabuhan yang tidak mengenakan cukai kepada pedangan yang singgahke pelabuhan itu.

Pemberontakan
=pelabuhan yang tidak mengenakan cukai kepada pedagang yang singgah ke pelabuhan itu.

Perjanjian
=perbuatan atau hal bersetuju atau bermuafakat tentang sesuatu.

Persekutuan
=pergabungan beberapa buah negeri yang membentuk sebuah negara.Setiap negeri masih mempunyai kerajaan negeri yang berkuasa dalam bidang-bidang tertentu.

Pewarisan
=orang yang akan menerima pusaka atau orang yang akan mewarisi sesuatu.

Piagam
=surat rasmi yang menyatakan pemberian hak,tanah atau persetujuan tentang sesuatu dasar.

Pindah milik
=bertukar hak.

Raja berperlembagan
=raja yang pemerintahannya tertakluk kepada peruntukan perlembagaan negara.

Residen
=pengawai kolonial yang mentadbir atau memerintah sesebuah negeri atau daerah yang besar.

Revolusi
=perubahan secara besar-besaran atau dengan menggunakan kekerasan terutamanya dalam pemerintahan atau bidang sosial.

Saham
=syer dalam sesuatu badan perniagaan dan lain-lain yang melayakkan pemilihnya menerima
dividen,mengundi dan mempunyai hak milik yang berkadar dengan jumlah yang dimilikinya .

Sistem birokrasi
=sistem pemerintahan yang dikendalikan atau dijalankan oleh pengawai -pengawai kerajaan.

Sipahi
=askar india.

Sistem ibidem
=menoreh pokok getah mengikut bentuk torehan seperti tulang ikan.

Surat tauliah
=surat kepercayaan,surat kuasa.

Taktik gerila
=menyerang hendap dan memasang perangkap.

Tanah jajahan
=negeri yang dijajah oleh negara asing.

Tanaman tradisi
=tanaman yang diusahakan sejak turun-menurun.

Taman dagang
=tanaman yang hasilnya perniagaan.

Termeterai
=tersurat,tersemat,tersimpul,tercap.

Tidak langsung
=tidak terus atau tidak berantara.

Terusan
=sungai buatan manusia yang menyambungkan dua lautan.

Ulama
=orang ahli atau pakar dalam pengetahuan agama Islam.

Wadah
=tempat untuk mengisi sesuatu.

Wakil pemerintah
=orang yang dilantik sebagai utusan atau bertindak bagi pihak pemerintah.

Comments

Popular Posts