Geografi Tingkatan 2
Longitud
=Garisan-garisan yang dilukis menegak dari Kutub Utara ke Kutub Selatan pada glob atau atlas.
Latitud
=Garisan-garisan yang dilukis melintang dari barat ke timue pada glob atau atlas.Garisan ini selari denagn Garisan Khatulistiwa.
Garisan Meridian Pangkal (GMP)
=Longitud 0* yang dilukis melalui Greenwich London.( Tanda (*) 0 darjah celcius)
Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA)
=Garisan yang menandakan perubahan tarikh di antara zon waktu barat dengan zon waktu timur.Garisan ini bertindih dengan longitud 180(darjah celcius)T/B
Waktu tempatan
=Waktu sesuatu tempat yang dikira berdasarkan perbezaan longitud antara tempat itu dengan tempat lain.
Zon waktu
=Bahagian waktu berdasarkan longitud 15*.Setiap 15* bersamaan satu jam atau mewakili satu zon waktu.
Waktu piawai
=Waktu yang sama di semua tempat yang terletak dalam satu -satu zon waktu.
Waktu Min Greenwich
=Waktu di Greenwich (London),yang digunakan sebagai asas untuk mengira waktu di seluruh dunia.
Bearing sudutan
=Bearing yang diukur dari arah utara (0*)mengikut pusingan jam.
Titik rujukan
=Objek atau tempat yang dirujuk untuk menentukan arah objek atau tempat lain.
Jarak mutlak
=merujuk kepada jarak yang diukut dalam unit meter atau kilometer.
Jarak relatif
=merujuk kepada jarak yang diukur dari segi kos dan masa.
Variabel (pemboleh ubah)
=Sesuatu faktor (ciri,unsur atau angka) yang tidak tetap ,iaitu boleh berubah.
Maklumat
=Butir-butir atau keterangan mengenai sesuatu perkara.
Data
=Butir-butir dalam bentuk angka yang diketahui,diberi atau diperoleh dan dijadikan asas untuk membuat kajian.
Hidrologi
=Kajian tentang bentuk dan sifat air di bumi dan atmosfera.
Kerpasan
=Proses titisan air di atmosfera turun ke bumi dalam bentuk,salji atau hujan batu.
Penyejatan
=Proses air bertukar menjadi wap air.
Sejat peluhan
=Pengeluaran wap air melalui permukaan daun dan kulit.
Pemeluwapan
=Proses wap air bertukar kepada titisan air.
Taburan penduduk
=Pola sebaran penduduk di dalam sesuatau kawasan atau sesebuah negara.
Perubahan jumlah penduduk
=Bilangan penduduk bertambah atau berkurang di sesebuah negara dalam setahun.
Pertambahan Semula Jadi
=Jumlah penduduk bertambah sekiranya lebih ramai bayi lahir berbanding dengan bilangan kematian dalam sesebuah negara.
Kadar kelahiran kasar
=Jumlah kelahiran bagi setiap 1000 penduduk dalam setahun.
Kadar kematian kasar
=Bilangan kematian bagi setiap 1000 penduduk dalam setahun
Migrasi antarabangsa
=Perpindahan penduduk merentasi sempadan antarabangsa,iaitu dari sebuah negara ke negara lain.
Imigrasi
=Penghijrahan masuk dari sebuah negara asing
Emigrasi
=Penghijrahan keluar dari negara sendiri.
Migrasi
=Penghijrahan atau perpindahan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain.
Migran
=Orang yang berpindah dari satu tempat ke tempat lain.
Pola migrasi
=Arah aliran migrasi dari satu tempat menuju ke tempat lain.
Sumber
=Bahan yang digunakan untuk memenuhi keperluan manusia.
Pertanian intensif
=Sistem pertanian secara giat menggunakan baja dan teknologi untuk meningkatkan pengeluaran.
Pemeliharaan
=Usaha untuk merancang,mengurus,dan melindungi sumber semula jadi yang mengahadapi ancaman eksploitasi supaya bekalannya berterusan.
Pemuliharaan
=Usaha membaik pulih sumber semula jadi yang telah dieksploitasi supaya kembali kepada keadaan yang asal.
Penduduk berlebihan
=Saiz penduduk besar berbanding sumber semula jadi yang dapat diusahakan dengan tahap teknologi yang sedia ada.Sumber-sumber alam tidak cukup untuk menampung keperluan penduduk.
Kurang penduduk
=Saiz penduduk yang tidak mencukupi untuk mengusahakan sumber-sumber semula jadi dengan sepenuhnya.
Penduduk optimum
=Saiz penduduk yang dapat mengusahakan sumber semula jadi sepenuhnya dengan daya pengeluaran yang paling tinggi.Penduduk dapat menikmati taraf hidup yang maksimum.
Nomad
=Orang yang berpindah-randah untuk mencari makanan dan air serta padang rumput untuk ternakan.
Tapak
=Kawasan atau tempat yang khusus untuk pembinaan petempatan.
Petempatan berselerak
=Susun atur kediaman yang tidak sekata dan bertaburan di kawasan yang luas.
Petempatan berjajar
=Susun atur rumah-rumah dalam satu barisan atau deretan.Rumah-rumah ini terletak selari sepanjang sungai atau jalan.
Petempatan berpusat
=Susun atur rumah-rumah secara padat.Rumah-rumah bertumpu di sekeliling sebuah bangunan penting seperti masjid.
Petempatan berkelompok
=Susun atur rumah-rumah secara berkelompok di sesuatu kawasan seperti petempatan FELDA
Eko-pelancongan
=Pelancongan yang berkonsepkan penghayatan terhadap akologi.
Agro-pelancongan
=Pelancongan di luar bandar yang berkonsepkan pertanian.
Infrastruktur
=Binaan dan kemudahan yang disediakan dan penting untuk asas-asas ekonomi seperti jalan pengangkutan,sistem perhubungan, bekalan elektrik dan air.
Waktu puncak
=Waktu sibuk terutama sebelum dan selepas waktu pejabat.
Metropolis
=Sebuah bandar raya utama yang berkembang pesat dan bergabung dengan bandar-bandar satelit di sekitarnya.Metropolis mempunyai lebih daripada sejuta orang dan berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan negara.
Megalopolis
=Sebuah metropolis utama yang berkembang dengan pesat dan bergabung dengan metropolis lain.
Barter
=Perdagangan atau perniagaan yang dijalankan dengan cara tukar-menukar barangan.
Jaringan pengangkutan
=Rangkaian jalan-jalan yang membentuk satu sistem pengangkutan.
Tahap ketersampaian
=Merujuk sama ada sukar atau mudah untuk sampai ke sesuatu kawasan.Jaringan pengangkutan yang baik di kawasan itu akan meningkatkan tahap ketersampaian.
Green belt
=Kawasan dalam bandar yang diwartakan untuk pemeliharaan alam semula jadi dan berfungsi sebagai taman rekreasi.
Pembangunan mapan
=Pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan alam sekitar unuk keperluan masa depan.
Gentian Optik
=Carikan gentian yang digunakan untuk menghantar data.Kabel gentian optik ini terdiri daripada carikan kaca atau plastik.
Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT)
=Satu cara memproses dan mempersembahkan maklumat secara elektronik melalui internet.
Telefon selular
=Telefon tanpa wayar yang juga dikenali sebagai telefon bimbit.
E-kerajaan (kerajaan elektronik)
=Pentadbiran kerajaan secata rangkaian komputer berkonsepkan tanpa kertas.
E-dagang
=Membeli atau menjual sexara “on-line”melalui internet.
Tele-perubatan
=Amalan perubatan dengan menggunakan komunikasi audio,visual,dan data melalui internet.
E-village
=Sebuah kawasan yang dilengkapi dengan teknologi dan peralatan multimedia yang canggih untuk membolehkan idea diterjemahkan kepada karya yang lebih kreatif serta mempunyai nilai komersial.Dikenali juga sebagai “perkampungan hiburan yang berteknologi canggih”.
E-learning
=Perkhidmatan pendidikan secara jarak kauh menggunakan internat.
E-sidang
=Perbincangan atau persidangan kumpulan yang dijalankan serentak walaupon ahli-ahli kumpulan yang terlibat berada di tempat-tempat lain.Kemudahan ICT yang canggih membolehkan e-sidang dijalankan.
MyKad
=Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan (KPPK) yang mengandungi cip komputer untuk menyimpan maklumat peribadi pengguna.
Virus
=Satu jenis program yang dijelaskan sebagat “malware”.Program ini bertujuan merosakkan atau mengganggu sistem komputer.
Mampu
=Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (Management and Modernization Planning Unit).
Kerpasan
=Proses titisan air di atmosfera turun ke bumi dalam bentuk hujan,salji atau hijanbatu.
Pembangunan mapan
=Pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan alam sekitar untuk keperluan masa depan.
Tele-perubatan
=Amalan perubatan dengan menggunakan komunikasi audio,visual dan data melalui internet.
Virus
=Satu jenis program bertujuan untuk merosakkan atau menggangu sistem komputer.
Comments
Post a Comment