Maksud perkataan sukar

Akauntabiliti
- Sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan.

Amanah
- Sesuatu yang dipertanggungjawabkan kepada orang lain untuk disimpan,dijaga atau dilaksanakan.

Beretika
- Nilai-nilai akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu.

Berhemah
- Berbudi pekerti yang mulia.

Cetak rompak
- Menerbitkan hasil ciptaan orang lain tanpa kebenaran.

Dewa-dewi
- Sesuatu yang dipuja-puja kerana dipercayai berkuasa terhadap alam dan manusia.

Istiadat
- Majlis rasmi untuk menyambut sesuatu peristiwa seperti pertabalan dan perkahwinan.

Kedaulatan
- Kekuasaan yang tinggi

Kerabat
- Sanak saudara, saudara -mara

Komitmen
- Sikap atau perbuatan memberikan sepenuh tenaga atau perhatian.

Konfrantasi
- Perselisihan atau permusuahnyang mungkin menyebabkan pergaduhan atau peperangan.

Majoriti
- Sebahagian besar, sebilangan besar atau bilangan terbanyak.

Parlimen
- Majlis tertinggi pembuat undang-undang yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Pertabalan
- Adat istiadat merasmikan seseorang menjadi raja.

Piket
- Mogok dengan menghalang atau mengajak orang lain supaya jangan bekerja.

Prasangka
- Anggapan buruk sebelum mengetahui yang benar.

Prihatin
- Mengambil berat atau mengambil perhatian.

Progresif
- Menuju ke arah kebaikan atau kemajuan.

Realisasi
- Sesuatu dijadikan kenyataan atau perwujudan.

Refleksi
- Bayangan,gambaran.

Respons
- Sambutan,reaksi atau jawapan.

Sahsiah
- Sifat-sifat diri seseorang yang baik.

Simulasi
- Perbuatan atau latihan yang dilakukan semula.

Sulit
- Rahsia,tersembunyi,tidak boleh diketahui umum.

Toleransi
- Sikap sedia menghormati dan menerima pandangan atau pendirian orang lain yang berbeza dengan pendirian sendiri.

Tradisional
- Adat,kepercayaan dan amalan yang kekal turun-temurun.











Comments

Popular Posts