Sains Tingkatan 2

Air suling (distilles water)
=Air yang terhasil daripada penyulingan,tidak mengandungi sebarang garam mineral terlarut.

Alkali (alkali)
=Bahan yang berasa pahit,mempunyai nilai pH lebih daripada 7,mengakis,menukar warna kertas litmus merah lembap kepada biru dan meneutralkan asid untuk membentuk garam serta air.

Asid (acid)
=Bahan yang berasa masam,mempunyai nilai pH kurang daripada 7,mengakis,menukar menukar warna kertas litmus biru lembap kepada merah dan meneutralkan alkali untuk membentuk garam serta air.

Astigmatisme (astigmatism)
=Kecacatan penglihatan yang disebabkan oleh permukaan kornea yang tidak sekata.

Bendasing (impurities)
=Bahan lain dalam kuantiti kecil yang terdapat dalam bahan dan menyebabkan bahan itu tercemar serta kurang berkualiti.

Bintik buta (blind spot)
=Kawasan pada retina yang tidak peka kepada cahaya dan merupakan tempat permulaan saraf optik.

Bintik kuning (yellow spot)
=Kawasan pada retina yang sangat peka kepada cahaya dan terletak bertentangan dengan anak mata.

Bolus (bolus)
=Gumpalan makanan yang telah dikuyah oleh gigi dan digaulkan dengan air liur oleh lidah di dalam mulut.

Dikotiledon (dicotyledon)
=Kumpulan tumbuhan berbungan yang bijinya terdiri daripada dua kotiledon,mempunyai akar tunjang dan urat daun jejala.Contoh,tumbuhan dikotiledon ialah pokok keembung dan pokok getah.

Ekosistem(ecosystem)
=Komuniti berbeza yang berinteraksi antara satu sama lain dan dengan persekitaran bukan hidup dalam satu habitat.

Elektrolisis (electrolysis)
=Proses penguraian cecair kepada unsur-unsur yang lebih ringkas apabila arus elektrik melalui cecair tersebut.

Enzim(enzyme)
=Bahan kimia yang membantu mempercepat tindak balas kimia di dalam badan benda hidup.

Fotoreseptor
=Sel atau organ yang mengandungi pigmen yang sangat peka terhadap cahaya.

Fulkrum (fulcrum)
Titik tempat tuas disokong atau berputar.

Gerakan nasti (nastic movement)
=Gerak balas tumbuhan yang tidak bergantung pada arah rangsangan.

Goiter (goiter)
=Pembengkakan di bahagian leher yang disebabkan oleh pembesaran kelenjer tiriod akibat kekurangan iodin dalam gizi.

Habitat (habitat)
=Tempat tinggal sesuatu spesies haiwan atau tumbuhan yang membolehkannya untuk membiak dan mendapatkan keperluan hidup seperti makanan,air serta perlindungan.

Ilusi optik (optic illusion)
=Keadaan apabila mata manusia melihat sesuatu yang berbeza deripada keadaan sebenarnya.

Impuls saraf (nerve impuls)
=Isyarat atau utusan yang mengalir di sepanjang gentian saraf dalam bentuk gelombang elektrik.

Invertebrata (invertebrate)
=Kumpulan haiwan yang tidak bertulang belakang.

Kanta cekung (concave lens)
=Kanta yang tebal di tepinya dan bahagian tengah lebih nipis.

Kanta cembung (convex lens)
=Kanta yang tebal di tengah-tengahnya.

Kawasan biologi (biological control)
=Suatu kaedah yang menggunakan haiwan pemangsa untuk mengawal bilangan haiwan perosak di sesuatu kawasan.

Keapungan (buoyancy)
=Kebolehan untuk terapung di atas air atau cecair.

Ketumpatan (density)
=Jisim sesuatu bahan per isipadunya.

Kitar karbon (carbon cycle)
=Kitar biologi yang melibatkan pengambilan karbon dioksida di atmosfera oleh tumbuhan melalui fotosintesis dan pembebasan semula karbon dioksida ke atmosfera melalui proses seperti pembakaran,respirasi dan pereputan.

Kitin(chitin)
=Komponen utama di dalam rangka luar haiwan invertebrata yang berfungsi memberikan kekuatan dan perlindungan kepada haiwan invertebrata.

Kultur tisu (tissue culture)
=Kaedah membiak tumbuhan dalam medium yang mengandungi nutrien tertentu.

Kutikel(cuticle)
=Lapisan  yang menutpi badan kebanyakan haiwan invertebrata terutama serangga.Berfungsi sebagai pelindung dan mencegah kehilangan air.

Kwasyiorkor (kwashiorkor)
=Sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan protein di dalam makanan dan lazimnya berlaku pada kanak-kanak yang berusia antara satu hingga tiga tahun.

Magnitud (magnitude)
=Nilai sesuatu daya.

Malnutrisi (malnutrition)
=Keadaan yang disebabkan oleh gizi tidak seimbang,sama ada dari segi kuantiti atau kualiti.

Maltase (maltase)
=Enzim yang menguraikan maltosa kepada glukosa.Enzim ini terdapat di dalam usus kecik.

Mengakis (corrosive)
=Sifat bahan yang menyebabkan kecederaan apabila terkena pada kulit atau kerosakan pada permukaan sesuatu bahan.

Monokotiledon (monocotyledon)
=Kumpulan tumbuhan berbunga yang bijinya terdiri daripada satu kotiledon,mempunyai akar serabut dan urat daun selari.

Nilai kalori (calorific value)
=Kuantiti haba yang dibebaskan apabila seunit jisim bahan dibakar dengan lengkap.

Pelarut (solvent)
=Bahan yang boleh melarutkan zat terlarut untuk membentuk suatu larutan.

Pelawas (fibre)
=Makanan yang kaya dengan serat yang tidak dapat dicerna seperti selulosa.

Pembiasan (refraction)
=Pembengkokan cahaya apabila cahaya bergerak melalui satu medium ke satu medium yang berlainan ketumpatan.

Peneutralan (neutralisation)
=Tindak balas kimia antara asid dan alkali yang menghasilkan garam dan air.

Pengeluar (producer)
=Organisma hidup yang boleh membuat makanannya sendiri dan membekalkan makanan kepada organisma hidup yang lain.

Penurasan (filtration)
=Proses pengasingan yang memisahkan bahan tidak terlarut daripada larutan atau campuran.

Penyahtinjaan(defecation)
=Proses menyingkirkan najis daripada badan.

Penyejatan (evaporation)
=Proses yang berlaku apabila molekul di permukaan cecair berubah kepada wap pada suhu di bawah takat didih cecair.

Penyulingan (distillation)
=Satu kaedah pembersihan air yang dilakukan dengan memanaskan larutan sehinga mendidih dan wap air yang terbentuk dikondensasikan untuk menghasilkan iar tulen yang dipanggil air suling.

Peristalsis (peristalsisi)
=Pengecutan dan pengenduran otot secara berturut-turut yang menghasilkan pergerakan berombak untuk menolak makanan di dalam salur pencernaaan.

Perumah (host)
=Organisma yang digunakan oleh perasit sebagai tempat tinggalnya,sumber makanan dn perlindungan.

Populasi (population)
=Sekumpulah organisma hidup sama spesies yang hidup dan membiak di habitat yang sma.

Presbiopia (presbyopia)
=Ketidakupayaan mata untuk memfokus objek dekat yang disebabkan oleh kehilangan kekenyalan kanta mata apabila umur seseorang meningkat.

Rangka dalam (endoskeleton)
=Rangka tulang atau rawan yang terdapat di dalam tubuh haiwan vertebrata.

Rangka luar (exoskeleton)
=Rangka yang menutupi tubuh haiwan invertebrata yang terdiri daripada kritin (seperti pada udang) dan kalsium karbonat (seperti pada siput).

Rawak (random)
=Pergerakan molekul udara atau gas yang tidak menentu dan tidak teratur.

Resapan
=Pergerakan molekul gas atau cecair dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah.

Reseptor (receptor)
=Sel ayai tisu khusus yang biasanya terdapat pada organ deria dan peka terhadap rangsangan tertentu.

Riket (rickets)
=Sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin D,kalsium dan fosforus yang mengakibatkan tulang menjadi lembut dan bengkok.

Rongga nasal (nasal cavity)
=Ruang di dalam hidung yang dilapisi oleh membran yang mengeluarkan mukus.

Segah (turgid)
=Keadaan sel yang tidak dapat lagi menyerap air kerana sel tersebut telah mencapai saiz maksimum.

Simbiosis (symbiosis)
=Interaksi antara dua organisma hidup yang berbeza dan sekurang-kurangnya satu daripada dua organisma hidup itu mendapat faedah daripada interaksi yang wujud.

Sisa domestik (domestic waste)
=Sisa yang berasal dari kawasan kediaman dan kawasan industri.

Skurvi (scurvy)
=Penyakit gusi bengkak dan berdarah yang disebabkan oleh kekurangan  vitamin C dalam makanan.

Sulur paut (tendrils)
=Bahagian yang menyerupai benang,berlingar,terubah suai daripada daun atau batang yang terdapat pada tumbuhan memanjat seperti pokok timun.

Tropisme (tropism)
=Gerak balas tumbuhan ke arah rangsangan seperti cahaya,air,graviti,dan sentuhan.Gerak balas ini berlaku

Tunas rasa (tasta bud)
=Sel deria rasa yang terdapat pada lidah dan bergerak balas terhadap satu rangsangan sahaja,sama ada secara positif (menuju ke arah rangsangan) atau negatif (menjauhi arah rangsangan).

Vakum (vacuum)
=Ruang kosong yang tidak mengandungi sebarang jirim (pepejal,cecair atau gas)di dalamnya.

Vertebrata (vertebrate)
=Kumpulan haiwan yang mempunyai tulang belakang seperti mamalia,amfibia,reptilia,ikan dan burung.

Vilus (villus)
=Unjuran halus yang terdapat pada dinding bahagian dalam usus kecil.

Zat terlarut (solute)
=Bahan yang larut dalam pelarut.


Comments

Popular Posts