SAIDINA ALI BIN ABU TALIB PEMUDA YANG BERANI


  BIODATA SAIDINA ALI BIN ABU TALIB
Nama              :  Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib
Keturunan     :   Bani Hasyim
Tarikh Lahir   :  10 tahun sebelum Nabi menjadi rasul 601 masihi
Tempat lahir  :  Dalam kaabah di Mekah Al-Mukarramah
Jawatan         :   Khalifah ke-4 daripada Khalifah Ar-Rasyidin   
Hubungan     :  Sepupu Nabi sebelah bapa       
Tarikh Menjadi Khalifah  :  Tahun 35 Hijrah bersamaan 655 Masihi
  
Tempoh Pemerintahan :  4 tahun

Tarikh Wafat                :    17 Ramadan tahun 41 Hijrah 661 Masihi

Sebab Kewafatan       :    Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljim di Bandar Kufah

Gelaran                       :     Abu Hasan / Abu Turab


SIFAT PERIBADI
•Bersikap adil
•Bijaksana
•Berwawasan
•Pintar
•Berfikiran luas
•Berusaha mencari ilmu
•Berani menegakkan kebenaran
•Terbuka
•Taat mengerjakan suruhan ALLAH SWT
•Kreatif dan sanggup berkorban kerana ALLAH SWT

 KELUARGA RASULULLAH SAW
•Mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Rasulullah SAW 
•Adalah sepupu dan menantu Rasulullah 
•Sejak kecil tinggal bersama Rasulullah dan dididik oleh Baginda 
•Banyak mewarisi keperbadian dan akhlak Rasulullah 
•Sangat mencintai dan menyayangi Rasulullah
 KANAK-KANAK PERTAMA

 MEMELUK ISLAM

•Memeluk Islam ketika berumur 10 tahun
•Kanak-kanak pertama memeluk Islam
•Terkenal dengan panggilan ’Karramallahu Wajhah’ 
  bermaksud ALLAH SWT memuliakan wajahnya kerana 
  beliau tidak pernah menyembah berhala
•Tidk pernah dikotori keburukan jahiliah
•Mentaati dan tidak pernah membantah Rasulullah
•Salah seorang 10 sahabat dijamin masuk syurga


SEORANG CENDIKIAWAN TERULUNG
•Terkenal dengan ilmu pelbagai ilmu pengetahuan dalam
  pelbagai bidang seperti bidang sastera, ilmu hisab dan kehakiman
•Sehingga digelar ‘gedung ilmu’
  

PEMUDA YANG BERANI  
•Terkenal dengan sifat gagah berani di medan perang
•Menggunakan pedangnya bernama ‘Zulfakar’ dan 
   menyertai hampir semua peperangan menentang
   musyrikin kecuali peperangan Tabuk. 
•Semasa peperangan khandak telah dicabar berlawan
   satu sama satu dengan pahlawan Quraisy bernama 
   Amru bin Wahid. 
 •Berjaya menewaskannya walaupun Amru lebih berpengalaman.


PEMERINTAH YANG ADIL DAN KREATIF

•Dilantik oleh Rasulullsh menjadi hakim di Yaman.
•Seorang hakim yang adil dan pentadbir yang kreatif serta tabah.
•Melengkapkan angkatan tentera berkuda Islam.
•Menubuhkan pasukan polis diberi nama ’As-syurtah’
•Menubuhkan tentera berjalan kaki dan badan perisik yang belum ditubuhkan oleh Khalifah sebelumnya.

PENGORBANAN DAN JASA
SAIDINA ALI BIN ABU TALIB 
  •Jurutulis Perjanjian Hudaibiah. 
  •Mengetuai misi dakwah di Hamadan (Iraq). 
  •Mengembangkan ilmu Islam. 
  •Pensihat dalam bidang kehakiman kepada 
    ketiga-tiga khalifah Ar-Rasyidin. 
  •Menerima jawatan khalifah dalam keadaan huru-hara 
  •Menjadi hakim di Yaman. 
  •Penulis wahyu. 
  •Berusaha menyatupadukan umat Islam yang sedang berpecah.


SEBAB BERLAKUNYA PEPERANGAN DI 
ZAMAN PEMERINTAHA
•Berpunca daripada perancangan jahat kaum munafikin yang diketuai oleh Abdullah bin Saba’
•Mereka berusaha menggagalkan setiap perdamaian yang diketuai oleh Saidina Ali
•Contoh:dalam perang Jamal,tentera Saidina Ali mencapai kata sepakat dengan kumpulan Saidina Talhah dan Saidina Zubair untuk berdamai.Pada malamnya kaum munafikin membuat perancangan jahat untuk mencetuskan peperangan antara kedua belah pihak

Comments

Popular Posts